Thursday, June 2, 2011

Kurung Aku

kurungkan aku dalam lukisan
Jadikan aku tatapan harian
yang aku tidak akan hilang
walaupun kita tidak sehaluan

kurungkan aku dalam fikiran
jadikan aku sebagai ingatan
hanya lagu ku menjadi siulan
mungkin ini akan jadi kenangan

kita tidak mungkin bersatu
walaupun duduk di bumi yang satu
aku hanya mahu kau yang satu
adakah kau sama begitu


ku kurungkan senyum mu dalam hati ku
ku jadikan cahaya terangi jiwa ku

andai kata ku tidak memiliki mu
ku berdoa agar kau bahgia selalu


2 comments: