Wednesday, August 3, 2011

kebenaran

"jika kita tidak mahu melihat sesuatu kita boleh memejam kan mata kita untuk tidak merasa kesakitan itu,
tapi jika hati pula yang tertutup kesakitan itu tetap akan terasa"

Monday, July 25, 2011

apa itu bosan

bosan tanpa buat apa-apa?
bosan buat benda berulang dan ulang kali?
bosan dengan keadaan?
bosan dengan sikap?
bosan dengan hubungan?
bosan dengan barangan?
bosan bila seorangan?
bosan bila kerja?
bosan bila cuti?
bosan bila online?
bosan duduk?
bosan berdiri?
bosan memikir?
bosan tidur?
bosan menonton?
bosan ketawa?
bosan menyanyi?
bosan bersukan?

sampai bila nak habis bosan?
sampai aku pun bosan menaip
sebab itu adalah kawan karib setiap manusia...
sentiasa bersama..

Thursday, July 21, 2011

peranti prosesor unik

dalam tempurung kepala aku ada anugerah tak terhingga
kadang aku tersalah guna tafsir proses mahupun kenalpasti
masih juga berfungsi dengan baik...masih
data terkumpul untuk dibicara akhir nanti
segala output itu jawapan kepada persoalan
namun bukan semua...
bukan semua

Thursday, July 14, 2011

kotak

Dari satu sudut ke satu sudut
terperangkap meronta berputar
hanya duduk bersujud
kira kau saja tapi bukan di luar..
masih dalam kotak

suara kau dalam kotak itu bergema
sampai bila? sampai pekak buta?
masih dalam kotak

zaman sudah berubah
buang kolot buang kaduk
duit kau pertikai sampai sahabat kau terabai
kasihan kau 
masih dalam kotak 

Monday, July 11, 2011

Capaian Hati

Dalam kebingitan suara-suara
ada satu cahaya
mungkin ada sesuatu
buat ku ingin tahu

Dia datang menyelamat kan aku yang sedang lemas
Dia cuba ucapkan walau saat ku tak kedengaran
Setengah mati ku mencapai hati
kini hilang dalam kemuncak

kau indah seperti pelangi
namun susah di capai dan di miliki.....

Thursday, June 2, 2011

Kurung Aku

kurungkan aku dalam lukisan
Jadikan aku tatapan harian
yang aku tidak akan hilang
walaupun kita tidak sehaluan

kurungkan aku dalam fikiran
jadikan aku sebagai ingatan
hanya lagu ku menjadi siulan
mungkin ini akan jadi kenangan

kita tidak mungkin bersatu
walaupun duduk di bumi yang satu
aku hanya mahu kau yang satu
adakah kau sama begitu


ku kurungkan senyum mu dalam hati ku
ku jadikan cahaya terangi jiwa ku

andai kata ku tidak memiliki mu
ku berdoa agar kau bahgia selalu

video

Friday, May 27, 2011

CuTi

Tika panas terjah dari atas,
tika kerja tidak berbatas,
hanya satu yang terlintas,
berehat CUTI tiada lagi rimas

Duduk menonton kepala tenang,
ingin saja mahu semahu terbongkang,
malas segala malas di rancang,
baru rasa hilang segala pincang,

Cuti singkat cuti panjang,
walau sehari tetap di julang,
bersama rakan mahupun keluarga tersayang,
tak kira juga dikota mahupun kampungan...