Sunday, January 30, 2011

Cecair Langit

Turun bagaikan tirai bersama angin sejuk
tak berhenti membasuh dosa-dosa muka bumi
sejuk meresap ke tulang buatkan hati ku remuk
mengetap bibir menahan perasaan tulusi
menunggu dan menanti sinar muncul
hampa dan benci meresap ke dalam minda
menahan kata kesat yang akan terpacul
namun itu semua dugaan dan kuasanya

Monday, January 24, 2011

Hidup aku

ingin rasa jauh
jauh dari segala yang ada
keseorangan menempuh kotaraya
hanya ikut kata hati yang berkata
seorang diri mencari ilmu rezeki
mencari haluan kekanan kekiri
seorang diri tanpa pemberi
jatuh bangun ku sendiri
walau salah ku sabar, walau benar ku riang
kerna ini langkah ku, ini jejak ku ,cita ku, pilihan ku..

ini hidup ku

Saturday, January 22, 2011

Al-kisah

Cerita bermula ketika Haris mula berkenalan dengan seorang gadis yang bernama nabila di dalam internet..
Sejak perkenalan mereka, Haris hanya menganggap nabila hanya seorang kawan biasa..
Setiap hari mereka akan berhubung melalui internet tidak pun hanya sms atau membuat panggilan..
mereka tidak pernah berjumpa kerana masing-masing tinggal di negeri yang berasingan..
ketika itu haris ada berkenalan dengan seorang lagi gadis yang bernama nani..
Haris amat menyukai  nani dan ingin rapat dengan nya..dalam pada masa yang sama..
nabila pun begitu terhadap haris..dia cuba membuat kan haris suka pada nya..
hari berganti hari..namun haris hanya melihat nani lebih baik dan amat menyukainya..
nabila pula mula di abaikan..
setelah haris tidak lagi berhubung dengan nabila..dan nani pula menjadi pujaan nya..
sikap si nani ini tidak seperti nabila yang selalu mengambil berat tentang haris...hendak di katakan nani hanya
mengaggap haris hanya seorang kawan biasa..setelah haris sedar akan perbuatan nya itu..
haris membuat pilihan
untuk meninggal kan nani juga..

inilah berlaku kepada sesetengah orang...apabila seseorang itu suka pada kita..kita pula tidak perasan
tentang itu kerana kita suka pada orang lain..apabila orang yang kita suka itu tidak memberi jawapan yang kita
kehendaki baru lah kita tersedar akan realitinya.....

Friday, January 21, 2011

Dia Gadis Misteri

berjalan aku di tengah kotaraya
mencari sesuatu yang aku tak tahu
hingga ke petang ku berjalan..
namun..
tak ku..
jumpa si dia...

malam pun menjelma bulan bersinar
namun si dia tak juga kelihatan
kemana pergi tiada di sisi
dia..oh dia ke mana pergi..

wo..o0o..oh..

Dia..dia..tinggalkan ku sendiri
Dia..dia..bagaikan puteri
Dia..dia...yang muncul dalam mimpi
Dia..dia..oh gadis misteri...

o0o..gadis misteri..
o0o...gadis misteri..


kerjasama dari imran dan rafiq..tq!

Thursday, January 6, 2011

hitam dan putih

melangkah di dunia haru
begitu kecil diriku
walaupun langit semua sama biru
tak akan ku rasa jemu

sifat dan lagak manusia
ada buruk baiknya
memuji, memijak dan mengata
itu lah lumrah dunia..

sungguh kacau jiwa ku
melihat kau bergaduh
seperti anak-anak kecil
yang merebut mainannya

usah lah kau begitu
sedar lah kau dari tidur mu
simpankanlah saja ego mu
tak perlu malu-malu




Saturday, January 1, 2011

sejak ku kenali kau

sejak mengenali dia..tiada prasangka buruk ku terhadapnya..
sejak mengenali dia..aku cuba dalami dirinya
sejak mengenali dia..pelbagai karekter tentang dirinya..
sejak mengenali dia..tak pernah ku lupa kannya

bila kau sedih kan ku hiburkan
bila kau marah kan ku tenangkan
bila kau sunyi kan ku temankan

walau jauh ku tetap disini
berdiri ku menyokong kau
kau gadis yang baik dari..
kata-kata mu
pandangan mata mu
malah pergerakkan mu

ku harap kau tahu ini
ku harap kau terus kan kehidupan bila tiadanya aku
usah di tangisi lagi..kesat kan airmata itu
akan ku gembira jika kau bahagia...