Saturday, December 25, 2010

Gelora jiwa

Antara jiwa-jiwa yang bergelora dek sesuatu yang tak pasti itu
perlukan sesuatu memenuhi ruang itu
wujud lah si pakar hasut menyimpang kan jiwa
jika lemah kau akan sesat dalam gelap tapi
kalau kuat kau teguhkan lah jiwa kosong itu
lain dulang lain kaki nya
lain orang lain hatinya
rambut saja sama hitam tapi hati lain-lain
itulah bidalan yang tercipta

Friday, December 24, 2010

Rasa Dan Madu

owh awan biru
terbentang luas
kau yang di situ
menunggu aku

semanis madu
senyuman mu itu
buatkan aku
terkelu terpaku
oooo..

rasa dari hati ku
luahkan hanya untuk mu
cinta ku yang tulus
cinta ku hanya untuk mu
ooo..oo..cinta ku..

seputih salju
hati mu itu
ingin ku miliki mu
tiada yang lain
selain kamu

hatiku kan berbunga
bila kita bersama
kan ku simpankannya
hingga ke akhir masa


Thursday, December 23, 2010

Takkan ku

berkurun lama ku mencari mu
melihat mu semalam buat ku tersenyum
adakah ini yang dinamakan cinta
saat magis yang lama ku nanti..

dalam senyap ku tertanya-tanya
adakah aku setandingnya
mungkinkah kau fikirkan sama
atau membiarkannya saja

takkan ku biarkan
takkan ku lepaskan
akan ku simpan di dalam hati

takkan ku biarkan
takkan ku lepaskan
jadikan bintang  di..dalam hidup ku



*aku nyanyi xsedap ok* haha

Thursday, December 16, 2010

Kecil

tidak berselipar berlari kawan
merengek kecil kerna lawan melawan
tak mahu berkawan katanya terang
petang bermain magrib pulang
sebelah malam menonton ceritera
dimarah suruh belajar
menarik muka lalu beredar
mengeluh dan merengek tanpa sedar
ibu berkata "belajar jangan malas"
tak paham keras dan di endahi
kecil di hati menurut dalam sakit

kemudian hari teringat saat kecil ini.....

Monday, December 13, 2010

Cinta Megi

cinta ibarat megi...megi tuh mula2 keras dan rangup..
bila da jmpe air pns dia jdi lembik dan pejal...cmtu la mula2 nk bercinta..
tapi ade agi...dlm bercinta de rempah2 nye cam megi tuh..
de yg kari berapi de yg kari tomyam..pandai2 la pilih ye..
klu yg pencinta yg kreatif dia mugkin letak bnde2 yg lain mcm telor,aym,daging,fishball or pe2 la bg meriah..
ops! kdg cinta ley jadi muak mcm megi yg da terlalu kembang..
jadi kne la jge api nye yg menghidupkan cinta tuh...
wahahaha...sekian..

*idea dtg ketika ku mencekik megi tadi*

INI AKU

AKU suka mencritera..
AKU suka mengembara..
AKU suka ketawa..
AKU suka pada gambar..
AKU suka irama
AKU suka bahaya
AKU suka begini..
AKU memang begini..

KAU suka apa?
KAU tak suka senyap saja
KAU suka apa?
KAU suka katakan saja....

AKU TERIMA....

Penyimpul Hati

tak ku tahu menghurai simpulan kecil
terkial-kial mencarik kecil
sampai masa aku bosan
keluh itu biasa pada ku
esok mungkin berlainan
ke sama saja?
hari ini matahari terang
kerna malam semalam bulan berkuasa
simpulan itu tak juga terhurai..
jika di buang sayang..jika di gunting tak bermakna
penting ke simpulan ini?
siapa ingin mencuba? 
kalau jadi dia lah penyimpul itu...

Sunday, December 5, 2010

CINTA GEMBIRA

Jelajah mencari si CINTA
Jumpa kenal mesra tapi tak CINTA
CINTA ke yang di cari? atau keGEMBIRAan?
pilih la wahai unggas dunia sang pelingpur lara...
ayat dan ayat CINTA yang hebat di lontarkan
mencairkan CINTA hati gadis sang perawan
bermain mata, bermain kata, bermain hati GEMBIRA
mengelamun bila tiada, berdekeh-dekeh GEMBIRA romantis bila tembung..
indah memang indah CINTA jika bersatu
oh! CINTA...pelbagai jenis, bentuk dan rasa
muda tua sedara mara kawan perlu

CINTA DAN KEGEMBIRAAN

keKELIRUan

masa...berputar-putar..
aku tak tahu apa yang dia perlu?
aku kah? kehidupan aku kah? atau dia memang saja begitu?
buat aku keliru...
setiap hari setiap waktu setiap nafasku kau ada...
membayang gelap di setiap penjuru alam..
buat aku keliru...
aku menjerit tiada suara..
aku berlari tak kemana..
mana satu aku punya?
dia kah..? atau dia? atau dia?
buat aku keliru...
sampai bila masa berputar?
sampai bila kita bercitra...?
aku tetap tersenyum